Latihan diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum dari jam 8.30 pagi hingga jam 7.00 petang. Tiada had umur yang ditetapkan asalkan ada minat dan boleh bermula seawal umur 5 tahun.
Aktiviti riadah ini amat bagus kerana disini lah bermula ikatan persahabatan dari kanak-kanak yang sedang bermain dan mereka boleh memulakan skate sebagai satu aktiviti riadah dan sebagai hobi . Jika mereka serius, mereka juga berpeluang untuk menjalani latihan yang lebih serius untuk menjadi seorang speed skater
Ini ialah Zaid & Rahim, sekarang ni umur mereka telahpun menjangkau 16 tahun. Mereka ini adalah bekas anak murid Asrama 1 Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa. Mereka telah datang bersama-sama rakan yang lain, tetapi yang betul-betul serius adalah mereka berdua sahaja . Sekarang ni mereka adalah Speed Skater untuk kelab kami ....hensem tak ? kalau nak kenal pandai-pandai lah cari kat FB he he.
Ini adalah pertandingan Interclub Race pada bulan November 2012 di Taman Tasik Titiwangsa . Kanak-kanak juga sentiasa diberi galakkan didalam menyertai pertandingan agar mereka lebih bersemangat. Ibu bapa yang dekat rumah tu dinasihatkan agar bawa anak ke titiwangsa untuk melihat sendiri dan merasai pengalaman bermain kasut roda bersama ahli kelab yang lain.
T